================================================================================ BAHAN AMALI 3A: PANDUAN & NOTA KASAR DEEP RESEARCH PROPOSAL SEKOLAH PROGRAM: MEMPERKASA PRODUKTIVITI PEJABAT DENGAN AI - AL AMIN EDU OASIS LATIHAN: PENJANAAN KERTAS KERJA LAWATAN DENGAN GOOGLE GEMINI DEEP RESEARCH ================================================================================ [SENARIO CADANGAN LAWATAN] Sekolah Rendah Islam Al-Amin Edu Oasis berhasrat menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar "Jelajah Sejarah & Alam Semula Jadi Negeri Perak 2026" selama 2 Hari 1 Malam. [MAKLUMAT KASAR PROGRAM UNTUK INPUT DEEP RESEARCH] 1. Sasaran Peserta: 40 Orang Murid (Tahun 5 & 6) bersama 5 orang Guru Pengiring. 2. Tempoh & Masa: 2 Hari 1 Malam (Hujung minggu / cuti penggal persekolahan). 3. Titik Pelepasan: Dataran Al-Amin Edu Oasis, Melawati (Bas bertolak jam 7.00 pagi). 4. Fokus Pembelajaran: - Penghayatan Sejarah Perjuangan Tanah Air & Warisan Diraja Perak - Eksplorasi Sains Bumi, Geologi & Keajaiban Alam Semula Jadi - Pembinaan Sahsiah, Disiplin & Ukhuwah Murid 5. Destinasi Tinjauan Utama di Perak: - Ipoh: Kellie's Castle Batu Gajah, Muzium Geologi Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang - Gopeng: Penerokaan Gua Tempurung (Pakej Golden Flowstone) - Kuala Kangsar: Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah, Bengkel Kraftangan Labu Sayong - Pasir Salak: Kompleks Sejarah Pasir Salak (Sejarah J.W.W. Birch & Dato' Maharaja Lela) 6. Anggaran Bajet Indikatif: RM180 - RM250 seorang murid (termasuk bas, makan minum 5 kali, penginapan 1 malam, tiket lawatan, insurans kelompok takaful dan cenderahati). -------------------------------------------------------------------------------- [CARA MENGGUNAKAN MOD DEEP RESEARCH DI GOOGLE GEMINI] -------------------------------------------------------------------------------- 1. Buka https://gemini.google.com di pelayar web anda. 2. Pada kotak teks sembang, klik pada menu atau ikon pilihan 'Deep Research' (tersedia pada Gemini Advanced / Google AI). 3. Salin Prompt 3A di Slaid 8 dan masukkan ke dalam sembang. 4. Gemini Deep Research akan meneliti puluhan laman web pelancongan Perak, portal rasmi muzium, semakan harga tiket terkini 2026, dan merangka proposal lengkap berserta itinerari minit-ke-minit secara autonomi! ================================================================================