================================================================================ TRANSKRIPSI RAKAMAN AUDIO MESYUARAT GURU & PENTADBIRAN AL-AMIN EDU OASIS SUMBER AUDIO: 02_Rakaman_Audio_Mesyuarat_Guru_AlAmin.mp3 (02:57 minit) PROGRAM: BENGKEL MEMPERKASA PRODUKTIVITI PEJABAT DENGAN AI ================================================================================ Pengerusi: Cikgu Syahid Kehadiran Guru: Cik Miza, Encik Abdullah, Cik Farah, Encik Akmal (Ketua Kokurikulum), Encik Fairus (Penyelarasan Lawatan). -------------------------------------------------------------------------------- [00:00 - 00:35] PERUTUSAN PENGERUSI (CIKGU SYAHID): "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih semua yang hadir dalam meeting ini. Pertama sekali saya Cikgu Syahid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir pada hari ini terutamanya Cik Miza, Encik Abdullah, Cik Farah, Cik Akmal, dan Encik Fairus. Okey Encik Fairus, tolong bentangkan tentang projek yang anda telah jalankan bersama para pelajar pada minggu lepas." -------------------------------------------------------------------------------- [00:36 - 01:42] LAPORAN LAWATAN PUSAT SAINS NEGARA (ENCIK FAIRUS): "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Encik Syahid selaku pengerusi majlis. Saya Encik Fairus. Terima kasih juga kerana memberi peluang untuk saya membentangkan program saya bersama para pelajar pada minggu lepas. Pada minggu lepas, saya bersama 30 orang pelajar, kami ke Pusat Sains Negara. Di sana diiringi bersama dengan 3 lagi cikgu yang lain. Ia bermula daripada pukul 8.00 pagi sampailah pukul 5.00 petang. Dan di sana para pelajar belajar tentang ilmu-ilmu sains, meneroka teknologi, meneroka alam laut, meneroka virtual reality. Dan para pelajar kelihatan sangat gembira dan respons yang diberikan oleh ibu bapa setelah anak-anak mereka pulang ke rumah juga sangat memberangsangkan. Dan para ibu bapa willing untuk buat siri yang kedua dan mereka ada yang sanggup untuk berikan sumbanganlah berupa makanan dan sebagainya. Itu saja." -------------------------------------------------------------------------------- [01:43 - 01:58] PERALIHAN AGENDA KOKURIKULUM (CIKGU SYAHID): "Okey terima kasih Encik Fairus. Okey sekarang kita berpindah pula kepada Encik Akmal. Okey Encik Akmal, apa next plan bahagian kokurikulum untuk next month projek?" -------------------------------------------------------------------------------- [01:59 - 02:57] CADANGAN LARIAN MERENTAS DESA & KHIDMAT MASYARAKAT (ENCIK AKMAL): "Okey terima kasih Encik Syahid. Untuk bulan hadapan, saya selaku Encik Akmal selaku ketua bahagian kokurikulum, kita mencadangkan untuk di sekolah ini kita melakukan larian merentas desa di samping kita melakukan khidmat masyarakat bagi para penduduk di sekitar sekolah kita. Jadi kita bukan hanya buat larian. Jadi jika ada sampah-sampah di tepi jalan, ada benda-benda kemudahan awam yang rosak, kita akan bantu. Dan jika ada orang yang memerlukan bantuan di tepi jalan, kita akan minta para pelajar kita juga untuk bantu." ================================================================================